Amirulhadi Umum Persaraan Antarabangsa

Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Amirulhadi Zainal, tampil sebagai pemain kedua pasukan itu hari ini yang mengumumkan tindakan menggantung but untuk bola sepak antarabangsa.

Dengan perkhabaran itu, Amirulhadi menjadi pemain keempat JDT yang mengumumkan persaraan minggu ini, selepas Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan S. Kunanlan mengambil keputusan itu.


“Assalamualaikum… Terima kasih kepada penyokong dan semua yang terlibat di atas sokongan dan juga peluang yang diberikan sepanjang penglibatan saya ketika menyertai skuad kebangsaan, terutama jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee.

“Cukup sampai di sini sahaja yang mampu saya berikan kepada skuad kebangsaan. Keputusan ini membolehkan saya memberi peluang kepada pemain untuk meneruskan misi skuad kebangsaan,” menurutnya dalam laman sosial.

Amirulhadi, 30 tahun, kembali mewarnai bola sepak antarabangsa apabila dipanggil memperkuatkan skuad Harimau Malaysia dalam kempen Kelayakan Play-Off Piala Asia pertama berdepan Timor Leste serta turut menyertai Jelajah Oceania yang lalu.

stadiumastro