Wanita Singapura ‘Belanja’ Starbucks Kepada Pekerja Kontrak

ADA kalanya sesuatu perkara itu nampak kecil pada kita tetapi memberi makna besar kepada orang lain.

Begitulah kegembiraan yang dirasai sekumpulan buruh asing pekerja kontrak di Singapura apabila menerima pastri, muffin dan sandwic daripada seorang wanita baik hati, Sabtu lepas.


starbucks singapore

Selain wanita berkenaan ucapan terima kasih juga selayaknya diterima oleh sebuah cawangan restoran Starbucks yang bermurah hati mengizinkan makanan yang tidak habis dijual diberikan kepada mereka.

Seperti diketahui, sesetengah rangkaian restoran terkenal mempunyai polisi mesti membuang makanan yang tidak habis dijual dan tidak boleh dibawa pulang meskipun oleh kakitangan.

Ceritanya bermula apabila Dipa Swaminathan, 44, pergi membeli kopi di Starbucks dan terlihat kakitangan sana mahu membuang makanan yang tidak terjual memandangkan kedai sudah hampir ditutup kira-kira jam 4 petang.

Berasakan makanan itu masih elok, Dipa meminta izin kepada kakitangan kedai untuk memberikannya kepada golongan susah iaitu buruh kontrak yang sedang melakukan kerja-kerja di jalan berhampiran.

kk

“Pekerja Starbucks menyerahkan saya dua beg pastri, muffin dan sandwic. Saya jumpa pekerja kontrak di tepi jalan dan serahkan pada mereka yang ternyata sangat gembira mendapat makanan itu,” tulisnya di akaun Facebook Itsrainingraincoats.

Diba turut menyuarakan hasratnya ingin mengedarkan makanan yang tidak habis dijual di Starbucks dan restoran lain kepada golongan kurang bernasib baik pada setiap hari Sabtu selepas ini.

Kisah Diba ini dapat dijadikan inspirasi buat kita, cara melakukan amal kebajikan yang bukan sahaja dapat membantu orang susah malah mengelakkan pembaziran. – MYNEWSHUB.CC