Wanita Jelita Dilantik Pengurus Pasukan B-21 Thailand

Watanya WongopasiSIAPA sangka wanita jelita berada dalam keluarga bolasepak dan itulah yang dilakukan Watanya Wongopasi yang memilih untuk menjadi pengurus pasukan bawah 21 Tahun Thailand untuk mengharungi Sukan SEA 2017.

Namanya tidak asing di bumi Thailand kerana merupakan salah satu ikon dalam dunia penyiaran, namun minat gadis berusia 31 tahun ini mahu membuktikan wanita juga mempunyai minat dan mampu meyumbang kepada kejayaan dalam pasukan bolasepak.

“Saya mahukan cabaran baru dalam karier saya, malah, keluarga termasuklah suami merupakan penggemar sukan bolasepak.

“Seperti penyokong penyokong di Thailand, kami berkongsi matlamat yang sama, mengharapkan pasukan ini menjadi juara. Sukan ini sesuatu yang tidak mahu kami lepaskan kerana ia semakin popular di Thailand dan kami mahu terus maju ke depan dalam sukan ini.” Kata Wantanya


Meskipun baru bersama skuad Gajah Perang bermula Mei lalu, Watanya Wongopasi sudah boleh tersenyum selepas Thailand berjaya merangkul trofi Piala Negara Negara yang berlangsung dari 2 hingga 5 Jun lalu di Melaka.

Kelibat wanita jelita ini pada saingan Nations Cup minggu lalu telah menjadi perhatian ramai. Watanya Wongopasi merupakan pengurus pasukan skuad bawah 21 tahun Thailand. Beliau dilantik menjadi pengurus oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) pada bulan Mei yang lalu.

Bagi Presiden FAT, Soomyot Poompanmuang, pemilihan Watanya sememangnya bertepatan dengan hasrat persatuan untuk menyuntik imej korporat ke dalam persatuan tersebut. FAT mahu meniru model dan konsep Liga Inggeris dimana elemen komunikasi menjadi perkara penting dalam menguruskan bolasepak secara profesional.

Watanya berjaya mengenepikan calon-calon lain untuk dilantik mengisi kekosongan tersebut termasuk dari calon lelaki.

Thailand telah pun memenangi sebanyak 15 kali pingat emas di Sukan SEA dan rekod terbaik adalah mempertahankan kejuaraan sebanyak enam kali bermula Sukan SEA 1993 sehingga 2007.

Andai menang di KL 2017, Thailand melakar sejarah apabila melakar kejuaraan hatrik sebanyak empat kali.