VIDEO Treler Bawa Kereta Honda Terbalik

HULU SELANGOR – Sebuah treler yang membawa kira-kira tujuh buah kereta jenis Honda terbalik dalam satu kejadian di Kilometer 421.7 Bukit Tagar menghala utara.

Kejadian dipercayai pukul 12.10 tengahari tadi menyebabkan laluan sesak kira-kira lima kilometer.


Difahamkan, pemandu itu dalam perjalanan menghala utara untuk menghantar kereta ke beberapa pusat pameran.

Bagaimnapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Trafik dilaporkan masih sesak sehingga kini.