Uefa Ugut Singkir England Dan Russia Dari Euro 2016

England fans clash with police ahead of the match.Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengugut untuk menendang keluar England dan Russia daripada Euro 2016 sekiranya penyokong kedua-dua pasukan mengulangi insiden pergaduhan yang tercetus pada Sabtu lalu.

Ketika perlawanan di antara England dan Russia berakhir 1-1, penyokong Russia telah menyerbu ke bahagian penyokong England di dalam stadium lalu menyebabkan pergaduhan.

Insiden tersebut turut menular ke kawasan luar stadium, sekali gus memaksa pihak polis melepaskan gas pemedih mata di jalan raya, pub dan restoran.


Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak England, Martin Glenn, menggesa barisan penyokong England untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengulangi insiden memalukan itu.

“Amaran dibuat pihak UEFA adalah serius.

“Kami memahami tindakan penyokong kami memberi kesan yang buruk, terutama terhadap imej Perancis selaku tuan rumah dan UEFA sendiri. Kami akan buat segala yang terdaya bagi memastikan insiden ini tidak berulang,” jelasnya.

Keganasan yang tercetus di Marseille adalah antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah bola sepak Eropah.

BACA: VIDEO Penyokong England, Rusia Gaduh Di Stadium

Bercakap kepada media ITV, Glenn mengkritik secara terbuka tingkah-laku penyokong England yang terlibat dengan pergaduhan.

“Saya enggan menuduh satu pihak sahaja tetapi jelas terdapat tingkah-laku yang memalukan, terutama segelintir penyokong England yang melibatkan diri mereka dalam insiden ini,” ujarnya.

Sementara itu, pergaduhan turut tercetus di antara penyokong Jerman dan Ukraine menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu yang berkesudahan 2-0.

Stadiumastro