Tewaskan Russia Adalah Persembahan Terbaik Wales – Bale

Kemenangan 3-0 ke atas Russia adalah persembahan terbaik Wales sejak Gareth Bale menyertai skuad itu, menurut penyerang Real Madrid berkenaan.

Skuad bimbingan Chris Coleman melepasi halangan Russia di Stadium Municipal, Toulouse, awal pagi tadi, untuk mara ke peringkat 16 terbaik Euro 2016 dan juara Kumpulan B itu akan berdepan pasukan tempat ketiga sama ada dari Kumpulan A, C atau D pada Sabtu ini.

Percubaan Bale di minit ke-67 melengkapkan kemenangan bersejarah Wales selepas jaringan Aaron Ramsey and Neil Taylor.

Penyerang berusia 26 tahun, Bale, membuat kemunculan pertama di pentas antarabangsa seawal usia 16 tahun (2006), namun terpaksa berhempas pulas di awal penglibatannya itu.


“Kami tahu segala-galanya dalam perlawanan ini, ia di tangan kami,” katanya “Kami bercakap sebelum perlawanan, jangan kesal apa yang berlaku.”

“Ia mungkin menjadi persembahan terbaik sejak saya menyertai Wales. Saya bermula dengan sangat baik, kami tidak terlalu gementar.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong di luar sana dan di rumah. Berada di tangga teratas kumpulan, lebih daripada apa yang anda minta?”

“Kami tidak sabar untuk melihat pasukan mana yang kami bakal temui.”

Selepas menang dua kali dan kalah sekali, Wales menjuarai Kumpulan B, berada di depan England seterusnya Slovakia. Manakala Russia terpaksa melupakan Euro 2016 apabila berada di tangga tercorot dengan tewas dua kali dan seri sekali.