Tewas Kepada Papua New Guinea, Sathianathan Tidak Terkejut

Bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan, menegaskan kekalahan skuad negara di tangan Papua New Guinea bukan satu perkara sensasi kerana sedia maklum kekuatan skuad kendalian Flemming Serritslev itu yang mampu mara ke perlawanan akhir Piala OFC.

Di tambah tinggal lima bulan sahaja lagi kejohanan benua Asia Tenggara (Piala AFF) akan berlangsung, Kim Swee perlu melihat dalam soal tingkatkan keserasian pemain.

Beliau menegaskan Papua New Guinea yang dihadapi Malaysia bukanlah sebuah pasukan sama seperti mana empat puluh tahun lalu.


Katanya, pasukan di ranking 193 dunia itu sudah mengalami transformasi besar dengan kebanyakan pemain mereka beraksi di Australia.

“Mereka ini bukanlah sebuah negara bola. Mereka bermain ragbi. Tetapi ramai orang tidak tahu, pemain-pemain negara itu bermain di Liga Australia termasuk kelab Wellington FC,” katanya.

Dalam masa sama, Sathianathan persoal apa yang menjadi keutamaan Kim Swee pada masa kini sama ada memperbaiki kedudukan ranking atau persiapan Piala AFF.

“Nak membuat persediaan untuk AFF, dia kena fikir 25 pemain yang akan di bawa ke sana. Semua diberi peluang beraksi untuk persefahaman. Saya berharap perlawanan menentang Paspuan New Guinea adalah permainan ujian. Tetapi perlawanan menentang Fiki dan New Caledonia adalah untuk mendapatkan kemenangan,” tambahnya.

Selepas tewas dalam aksi pertama persahabatan jelajah Ocenia, skuad negara akan meneruskan dua lagi siri perlawanan persahabatan, bermula menentang New Caladoni, 22 Jun dan diakhiri dengan pertemuan dengan Fiji pada 26 Jun.