Syazwan Tajuddin Terpaksa Berehat Selama Enam Bulan

Pasukan Liga Super Kedah telah mengumumkan bahawa pemain tengah muda mereka, Syazwan Tajuddin tidak akan dapat beraksi selama enam bulan kerana kecederaan ACL.

Setelah disahkan mengalami kecederaan ACL, beliau pagi tadi menjalani pembedahan kecederaan ACL di Hospital Pantai, Ampang jam 8.30 pagi. Beliau yang mahu kembali segera bersama pasukan akan menjalani latihan pemulihan intensif di Institut Sukan Negara dan dijangka tempoh pemulihan mengambil masa 6 bulan. lapor laman rasmi KFA

Dalam perlawanan yang dimenangi Harimau Selatan secara agregat , Syazwan terpaksa dikeluarkan hanya 15 minit selepas perlawanan berlangsung.

Aksi Syazwan di posisi tengah agak terhad musim ini setelah menerima persaingan sengit dari pemain berbakat Amirul Hisyam.

Pemain tengah berusia 22 tahun kerap kali digunakan terutamanya sebagai pemain pertahanan Kedah musim ini, berganding dengan tengah Korea Selatan, Bang Seung Hwan.

Dengan berita ini, Kedah dijangka akan menggantikan tempat Syazwan dalam pasukan dengan pemain lain untuk jendela perpindahan pemain Jun ini.