Sudah Tentu Saya Gentar Dengan Kehadiran Ibrahimovic – Buffon

Penyerang Prolifik Sweden, Zlatan Ibrahimovic (kiri) dan penjaga PARIS 17 Jun – Tidak disangka, biarpun pernah merangkul pelbagai anugerah, penjaga gol veteran Itali Gianluigi Buffon juga gentar dengan kehebatan Zlatan Ibrahimovic

Sekali pun prestasi penyerang Sweden itu kurang memberangsangkan ketika bertemu Ireland, namun Ibrahimovic tetap berupaya mengucar-kacirkan keadaan di benteng pertahanan lawan sehingga menghasilkan jaringan sendiri yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.


“Ya, sudah tentu saya terlalu bimbang dengan kehadiran Zlatan Ibrahimovic kerana dia tergolong dalam kumpulan kecil superstar yang mampu mengubah nasib pasukannya di mana pun mereka beraksi.

“Sweden bukan ada Ibrahimovic sahaja, terdapat juga pemain lain yang bagus. Tetapi apa yang jelas, dia lebih menyerlah, kekuatan dan keyakinannya untuk menjadi superstar adalah sesuatu yang anda tidak dapat lihat pada pemain lain,” kata Buffon.

Sweden dan Itali masing-masing sudah bersedia untuk menggegarkan padang dalam kempen Euro 2016 hari ini (pukul 9 malam waktu Malaysia).- AGENSI