Saya Memang Sudah Lama Harapkan Kebangkitan Pasukan Kebangsaan – Presiden FAM

Tengku AbdullahKUALA LUMPUR, 1 Jun — Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu pemain skuad kebangsaan bangkit meraih kemenangan apabila bertemu Timor Leste pada aksi play-off kelayakan Piala Asia 2019.

Beliau berkata kemenangan skuad Harimau Malaysia pada aksi esok dan perlawanan timbal balik 6 Jun ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, penting bagi memperbaiki ranking dunia selain layak ke Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Saya memang dah lama harapkan kebangkitan pasukan kebangsaan.

Sementara itu pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, yakin barisan pemain negara bersedia untuk meningkatkan prestasi mereka dalam aksi play-off Piala Asia berdepan Timor Leste, malam esok.

Bagi Kim Swee, masalah ketandusan gol yang dialami skuad negara sejak November tahun lalu, mampu diatasi.


Apa yang penting, pemain mengikut segala perancangan yang sudah dirangka untuk aksi berdepan Timor Leste selain sentiasa berwaspada dengan ancaman lawan.

“Kami berjaya mengekang pasukan lawan daripada menjaringkan gol dalam dua perlawanan lepas. Jika kami mampu ulangi perkara ini dalam saingan berdepan Timor Leste dan berusaha untuk menjaringkan gol, kami mampu menjana keputusan yang positif,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali Timor Leste, Fabio Da Silva, tampak tenang untuk aksi berdepan Malaysia.

Da Silva hanya membariskan empat pemain naturalisasi kali ini dan sebahagian besar pasukan adalah pemain daripada skuad Sukan SEA Singapura tahun lalu.

“Kami berharap untuk menghasilkan permainan yang cemerlang, gol di tempat lawan amat penting buat kami bawa untuk aksi timbal balik 6 Jun nanti,” jelas Da Silva.