Rusia Disingkir Daripada Euro 2016 Jika Merusuh Lagi

Russia fansLONDON 15 Jun – Rusia diberi amaran keras dengan digantung penyertaan mereka daripada menyertai Euro 2016 oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas tindakan agresif penyokong negara itu ketika Rusia seri 1-1 menentang England dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) akan mengumumkan keputusan hukuman terhadap Russia selepas keganasan dicetuskan penyokong mereka di Euro 2016 ketika England mempersoalkan mengenai kawalan keselamatan perlawanan berisiko tinggi minggu ini.

Rusia akan disingkirkan daripada kejohanan tersebut sekiranya penyokong mereka masih berdegil untuk melakukan keganasan di dalam stadium setelah Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) didakwa ekoran gangguan yang dicetuskan oleh peminat mereka, membakar bunga api serta tindakan perkauman.

Bagaimanapun, penggantungan tersebut hanya dikenakan sekiranya penyokong Rusia mencetuskan kekecohan dari dalam stadium sahaja. RFU diberi peluang untuk merayu bagi meringankan hukuman tersebut namun mereka tidak berminat.

Sabtu lalu, sebaik sahaja perlawanan di antara Rusia dan England tamat, penyokong Rusia didapati menyerang peminat England termasuk kanak-kanak dan wanita malah mereka turut membakar mercun di dalam stadium.

Mahkamah Perancis semalam, menjatuhkan hukuman penjara sehingga setahun terhadap 10 individu membabitkan enam warga negara Britain, tiga Perancis dan seorang Austria selepas mereka didapati bersalah melakukan keganasan membabitkan perlawanan England-Russia di Marseille pada Sabtu lalu.- AGENSI