Pemain England Tiada Kualiti Sarung Jersi Wales – Bale

gareth baleGareth Bale sekali lagi membuat kenyataan panas terhadap kem England apabila memuji kejayaan Wales dalam mengungguli saingan Kumpulan B, Euro 2016.

Bale mencetuskan provokasi menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu Khamis lalu apabila mengatakan bahawa tiada pemain England yang mempunyai kualiti untuk menyarung jersi Wales.

Bagaimanapun, England berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Wales yang melihat Daniel Sturridge meledak gol kemenangan di hujung perlawanan.

Namun, Wales berjaya menjuarai peringkat kumpulan apabila menewaskan Russia 3-0 manakala England hanya mampu seri tanpa jaringan berdepan Slovakia.


Senario itu memberi peluang kepada Bale untuk membuat kenyataan pedas terhadap skuad kendalian Roy Hodgson itu.

“Kamu (media) suka menjadikan komen saya sebagai tajuk utama akhbar!

“Kami berasa bangga atas kejayaan ini, lebih manis lagi berjaya berada di atas England.”

Bintang Real Madrid itu menjangkakan perlawanan berdepan Ireland Utara dalam pusingan 16 akan menjadi perlawanan bercorak British.

“Kami sememangnya menanti siapakah yang akan menjadi lawan kami, tetapi di peringkat ini tiada istilah lawan mudah.

“Kami lebih kenal corak permainan Ireland Utara. Kami gembira dengan keputusan ini, walaupun sukar tetapi kami yakin mampu menang.

“Ketika dalami sesi latihan, kami berikan aksi terbaik tanpa menghiraukan rasa kecewa dan kami akan meneruskan pendirian itu dalam setiap perlawanan,” jelasnya.