Neymar Tidak Sehebat Messi, Cristiano Ronaldo – Pele

Legenda bola sepak Brazil, Pele, berpendapat Neymar tidak mempunyai kualiti seperti dimiliki Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Neymar merupakan antara tiga tonggak jentera serangan Barcelona musim ini bersama-sama Messi dan Luis Suarez.

Pemain berusia 24 tahun itu turut menjaringkan 31 gol musim lalu dalam kesemua kejohanan bersama Barcelona.

Bagaimanapun, Pele menegaskan bahawa kapten Brazil itu tidak berada dalam liga yang sama seperti Messi dan Ronaldo.


“Saya kenal Neymar sejak dia kecil lagi dan 10 tahun lalu setiap jurulatih memberitahu saya dia seorang pemain yang bagus.

“Tetapi pada saya dia masih tidak memiliki kualiti seperti Messi dan Ronaldo,” katanya.

Pele membuat kenyataan sebegitu susulan tindakan Neymar yang gemar memegang bola dengan lama.

“Tiada pemain lain yang melakukan sebegitu, Zico dan saya sendiri tidak menerapkan aksi itu.

“Walaupun setiap pemain mempunyai cara masing-masing, kita tetap perlu menghormati pihak lawan,” ujarnya.

Stadiumastro