Mourinho Terpaksa Bayar Doktor RM29.5 juta

BEKAS jurulatih Chelsea, Jose Maurinho terpaksa membayar RM29.5 juta kepada bekas doktornya, Eva Carneiro untuk menutup isu penghinaan terhadap wanita tersebut.

Sebelum ini, Maurinho secara terbuka menuduh Eva ‘anak pelacur’ dan ‘perempuan yang tak faham tentang bola sepak’.

Bayaran tersebut terpaksa dibuat selepas Eva didakwa mahu mengemuka bukti di mahkamah dengan mendedahkan beberapa e-mail dan mesej memalukan dari Maurinho.


Isu berkenaan timbul selepas penghinaan kerana Eva cuba membantu seorang pemain Chelsea yang cedera semasa sebuah perlawanan yang lalu.

BACA: VIDEO Marah Dengan Doktor Pasukan, Mourinho Larang Eva Carneiro Bersama Skuad

Malam semalam, kelab bola sepak Chelsea memohon maaf dan menawarkan RM7 juta sebagai ganti rugi namun ditolak Eva kerana Maurinho tidak meminta maaf.

Maurinho pula telah dipecat Chelsea pada Disember lepas.