MotoGP: Rossi, Marquez Akhiri Sengketa

The handshake that ended the Spanish-Italian war of 2015-16?BARCELONA – Hubungan tegang antara pelumba Mo­vistar Yamaha, Valentino Rossi dengan penunggang skuad Repsol Honda, Marc Marquez memasuki episod baharu apabila kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan untuk kali pertama sejak November 2015.

Kelmarin, Rossi dan Marquez di­lihat berjabat tangan selepas kedua-dua mereka menamatkan saingan perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya yang menyaksikan pelumba skuad Movistar Yamaha itu muncul juara buat kali kedua musim ini.

Ketika perlumbaan penutup musim di Valencia pada November tahun lalu, hubungan kedua-dua pelumba itu bertukar tegang selepas Rossi menuduh Marquez sengaja membantu Jorge Lorenzo menjulang gelaran juara keseluruhan bagi saingan MotoGP 2015.

Bagaimanapun, Rossi dan Marquez memilih untuk kembali berdamai selepas sama-sama menyaksikan kemala­ngan maut melibatkan rakan mereka yang bersaing dalam kempen kejuaraan Moto2, Luis Salom pada sesi latihan bebas GP Catalunya di Litar Barcelona, Jumaat lalu.


Rossi and Lorenzo: Still merely teammates, not great mates.Rossi: Marquez handshake “Apabila kejadian sedih berlaku, segala masalah peribadi dan persengketaan tidak perlu dipedulikan lagi. Saya anggap ia (berdamai) adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

“Kami perlu berhubungan baik dengan semua pelumba lain kerana sukan ini sangat berbahaya, ia boleh meragut nyawa pada bila-bila masa,” ujar Rossi.

Marquez pula berkata, MotoGP mengharungi tempoh yang sukar ketika ini, namun ia juga masa terbaik untuk kembali merapatkan hubungan yang tercemar akibat sengketa sebelum ini.

“Kami beri penghormatan kepada Luis (Salom). Saya sangat gembira ketika berjabat tangan dengan Valentino (Rossi),” kata pelumba Sepanyol itu. – Agensi