Malaysia Tewas Perlawanan Pertama Jelajah Oceania

Skuad kebangsaan mengalami kekalahan pertama dalam siri Jelajah Ocenia selepas tewas 0-2 kepada Papua New Guenea di Stadium Sir John Guise, Port Moresby.

Papua New Guenea, pasukan raning ke-193 dunia yang baru-baru ini tewas kepada New Zealand dalam penentuan sepakan penalti di kejohanan Piala OFC membuka jaringan menerusi penyerang, Tommy Semmy pada minit ke-42. Tommy seterusnya menambah gol kedua selang 7 minit kemudian.

Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee kemudian membuatlima pertukaran sebelum memulakan separuh masa kedua. S.Kunanlan, Fazly Mazlan, Amirulhadi Zainal, Amirul Hisyam dan S. Chanthuru masuk menggantikan Azrif Nasrulhaq, Khair Jones, Brendan Gan, Latiff Suhaimi dan Fakri Saarani.


Satu lagi pertukaran dilakukan pada minit ke-62 dimana Cristie Jayaseelan masuk menggantikan Mahalli Jasuli yang cedera. Pada minit ke-66, pemain pertahanan Shahrom Kalam mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan.

Hal ini menyebabkan pasukan negara terpaksa bermain 10 orang hampir 20 minit selepas tiada lagi pertukaran dibenarkan.

Malaysia bagaimanapun dapat bertahan dari terus dibolosi untuk perlawanan berkesudahan Malaysia tewas 0-2 kepada Papua New Guenea.

KOMEN KETUA JURULATIH MALAYSIA, DATUK ONG KIM SWEE

“Seperti yang saya katakan, Papua New Guinea menunjukkan peningkatan dan mereka bermain agak baik dengan tidak memberi ruang untuk kita bergerak ke hadapan dengan melakukan ‘pressing’ dari awal sehingga akhir permainan.

“Agak mengecewakan juga apabila beberapa pemain yang diturunkan tidak menunjukkan karakter sebenar mereka dan membantu antara satu sama lain. Jadi ini menjadi salah satu perkara yang perlu saya teliti.

“Biarpun beraksi 10 pemain, kita berjaya mencipta dua peluang iaitu terkena palang dan tiang. Ini membuktikan pada separuh masa kedua, jika mentaliti dan sikap pemain ingin melakukan sesuatu, sudah tentu kita mampu bermain dengan lebih baik.

“Saya harap dengan keputusan yang mengecewakan ini, ia akan menjadi satu pengajaran di mana kita harus bangkit dan harus konsisten.

“Di sini perkara yang terlampau mudah untuk kita lihat apabila kita berjaya menewaskan Timor-Leste sebanyak dua kali dan selepas itu, beberapa pemain antaranya telah bersikap ambil mudah. Ini juga faktor yang perlu saya baik selain daripada permainan yang lebih baik.”

Skuad Harimau Malaysia seterusnya bakal melengkapkan siri Jelajah Oceania 2016 dengan aksi bertemu New Caledonia (ranking 183) di Noumea pada 22 Jun dan Fiji (ranking 186) di Nadi pada 26 Jun.

PAPUA NEW GUINEA: 23-Leslie Kalai, 2-Daniel Joe (15-Philip Steven 90+4′), 5-Felix Komolong, 4-Alwin Komolong (13-Roland Bala 23′), 19-Koriak Upaiga, 14-Emmanuel Simon, 12-David Muta (C) (17-Jacob Sabua 46′), 8-Michael Foster (11-Wira Wama 86′), 9-Nigel Dabinyaba, 18-Tommy Semmy (10-Obert Bika 73), 7-Raymond Gunemba (6-Patrick Aisa 46′).

MALAYSIA: 1-Farhan Abu Bakar; 20-Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (16-S Kunanlan 46′), 5-Shahrom Abdul Kalam, 4-Fadhli Shas, 24-Khair Jefri Jones (6-Fazly Mazlan 46′); 3-Brendan Gan (21-Amirulhadi Zainal 46′), 9-Abdul Latiff Suhaimi (13-Amirul Hisyam Awang Kechik 46′); 14-Ahmad Fakri Saarani (18-S Chanthuru 46′), 11-Baddrol Bakhtiar, 2-Mahalli Jasuli (19-Christie Jayaseelan 62′); 17-Amri Yahyah (C).

Pengadil: George Time (Kepulauan Solomon)