Kane Mampu Jadi Sehebat Ibra, Ronaldo – Klinsmann

Harry KaneJurgen Klinsmann menyifatkan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, mampu menjadi setaraf dengan Zlatan Ibrahimovic dan Cristiano Ronaldo.

Klinsmann merupakan penyerang Tottenham pada 1994 hingga 1995 dan telah menjaringkan 21 gol dalam 41 penampilan.

Kane tampil sebagai penyerang paling berbisa dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan 25 gol musim lalu, namun gagal membantu kelabnya untuk meraih takhta liga.

Dalam pada itu, Kane dilihat mampu menyinar di pentas Liga Juara-Juara musim depan dan bakal menerajui jentera serangan England di Euro 2016.


Klinsmann yakin kesempatan beraksi dalam kejohanan-kejohanan besar mampu mempertingkatkan lagi mutu penyerang berusia 22 tahun itu.

“Saya amat meminati Harry Kane,” kata jurulatih Amerika Syarikat itu.

“Saya amat teruja dengan perkembangannya dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Spurs memiliki pemain-pemain muda yang berkualiti dan mereka dilihat mampu melakar kejayaan satu atau dua musim akan datang.

“Rekod jaringannya (Kane) berhak diberikan penghargaan, dan Euro merupakan satu lagi pentas buat Kane untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang penyerang yang berbisa.”