Hodgson Mahu Pemain Fokus Kepada England, Bukan Perpindahan Kelab

The England squad pose for a photo alongside the Mayor of Chantilly in the reception of their hotel in the town in northern FranceLONDON 7 Jun – Pengurus England, Roy Hodgson memberitahu pasukannya itu supaya melupakan soal perpindahan kelab yang mungkin bakal berlaku, sebaliknya memberi tumpuan terhadap kempen Euro 2016.

Menurut media British, Hodgson dikatakan telah melarang ejen pemain daripada berada di hotel penginapan pasukannya di Chantilly kerana bimbang skuadnya itu hilang tumpuan terhadap kejohanan tersebut, terutama setelah Arsenal dilaporkan berminat untuk membeli penyerang Leicester City, Jamie Vardy.


The 23-man England squad pose for a photo as they get ready to board the plane that will take them to France on Monday morning“Sama ada mereka (ejen pemain) datang ke hotel atau tidak adalah satu perkara yang sukar untuk dibincangkan. Mereka boleh bersemuka dengan pemain, berhubung menggunakan telefon mahupun Internet, tiada siapa yang akan tahu.

“Bagaimanapun, satu perkara yang difahami semua pemain dan sudahpun dipersetujui adalah mereka harus memberi tumpuan terhadap bermain untuk England kerana mereka bertugas demi negara,” kata Hodgson kepada laman web The Independent. – REUTERS