Harimau Malaysia Berjaya Tewaskan New Caledonia

Malaysia akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam siri jelajah Oceania setelah tewas pada perlawanan pertama di Papua New Guinea.

Meskipun dikejutkan dengan gol pendahuluan seawal minit ke 20 namun pemain Malaysia tidak berputus asa dan berjaya menerapkan corak permainan menyerang yang diterapkan oleh Kim Swee.

New Caledonia berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke-20 oleh penyerang mereka Jean-Philippe Saïko yang kini beraksi bersama kelab Perancis. Jean-Philippe Saïko mudah menolak masuk bola dari depan kotak penalti untuk gol pertama tuan rumah.

Malaysia berjaya mendapatkan gol penyamaan apabila Amirulhadi Zainal menjaringkan gol pada minit ke 48.


Skuad Kim Swee tidak berputus asa degan melancarkan serangan demi serangan dan akhirnya sepakan percuma Baddrol Bakhtiar berjaya menghasilkan gol kemenangan Malaysia pada minit k 54.

Azrif Nasrulhaq hampir menambahkan gol buat Malaysia namun percubaannya hanya menggegar palang gol pada minit ke 58.

Azrif Nasrulhaq dilayangkan kad kuning kedua kerana didakwa melengahkan masa ketika penggantiannya pada minit ke 82 menyebabkan Malaysia terpaksa bermain 10 orang.

Malaysia agak bernasib baik kerana pemain New Caledonia turut beraksi 10 pemain selepas Georges Bearune turut dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke 88.

Ong Kim Swee melakukan 4 pertukaran dalam perlawanan ini.

Malaysia akan bertemu Fiji ahad ini dalam perlawanan terakhir jelajah Oceania sebelum pulang ke tanahair.