Giggs Akan Tinggalkan Man United, Terpalit Skandal Seks Terbaharu

PENGURUSAN tertinggi Manchester United percaya Ryan Giggs akan meninggalkan kelab itu dalam tempoh terdekat.

Legenda United itu dilapor akan membuat pengumuman mengenai masa depan bersama United dalam beberapa hari lagi selain tidak akan menyertai pasukan lain untuk musim depan.

Pegawai kanan United juga percaya Giggs akan berehat untuk musim depan sebelum kembali dalam pengurusan kelab sama atau lain.


Giggs, 40, bergelar penolong jurulatih di bawah pengurusan David Moyes dan Louis van Gaal sebelum kedua-dua jurulatih berkenaan dipecat.

Dia juga dikatakan kecewa kerana United melantik Mourinho dan bukan dirinya seperti yang pernah dijanjikan sebelum Van Gaal menjadi jurulatih kelab tersebut.

Giggs juga disebut bakal melatih pasukan Nottingham Forest yang bermain di Liga Championship.

Sementara itu Ryan Giggs sedang menghadapi krisis rumahtangga yang serius kali ketiga setelah skandal terbarunya terbongkar. Isterinya dilaporkan telah memohon penceraian.

Terdahulu Giggs pernah menggemparkan sukan bola sepak kerana skandalnya bersama kakak iparnya Natasha Giggs dan seorang model Imogen Thomas diketahui umum.