Euro 2016 Penampilan Terakhir Ibrahimovic Bersama Sweden

Soccer Euro 2012 Sweden EnglandNICE 21 Jun – Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic hari ini mengumumkan persaraannya daripada mewakili negaranya dalam kancah bola sepak antarabangsa selepas berakhir Euro 2016 yang sedang berlangsung ketika ini.

Penyerang berusia 34 tahun itu bagaimanapun tetap akan meneruskan kariernya di peringkat kelab dan bola sepak profesional yang mana dilaporkan dia akan menyertai Manchester United pada musim baharu nanti.

“Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E (pada Euro 2016) nanti adalah yang terakhir untuk Sweden, jadi saya harap cabaran Sweden tidak berakhir sampai peringkat kumpulan sahaja.

“Saya bangga dengan apa yang saya capai dan akan terus menyokong Sweden sampai bila-bila,” katanya.


Sweden akan berdepan Belgium awal pagi Khamis dalam usaha untuk melayakkan diri ke pusingan kedua kalah mati pada Euro 2016 kali ini.

Ibrahimovic yang dijangka untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini , berkata: “Perlawanan terakhir (di Euro 2016) akan menjadi yang terakhir buat saya untuk Sweden, jadi saya berharap ia tidak akan berakhir esok diperingkat kumpulan.

“Saya amat berbangga dengan apa yang saya telah capai dan akan sentiasa membawa bendera Sweden bersama saya.”

Ibrahimovic mempunyai rekod 62 gol bersama Sweden.