ESTUDIANTES JUARA PIALA FRENZ 2016

Estudiantes de La Plata dinobat juara Piala Antarabangsa Frenz 2016 (FIC) selepas menewaskan SC Internacional 1-0 dalam final yang berlangsung sebentar tadi.

Berlangsung di Stadium Majlis Perbandaraan Pasir Gudang, kedua-dua pasukan beraksi dengan berhati-hati sehinggalah Estudiantes mendahului pada minit ke-30 hasil jaringan Lattanzio Carlo Maria.


Jaringan tunggal itu nyata cukup berharga buat kelab dari Argentina itu untuk menoktahkan kemenangan, sekali gus membawa pulang trofi kejohanan.

Sementara itu, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menjadi milik pasukan tuan rumah, Frenz United, selepas menewaskan wakil Jepun, Kashima Antlers 2-1.

Dua gol Frenz United disumbangkan oleh Ivan Hafilah pada minit ke-42 dan 52 manakala gol tunggal Kashima hadir menerusi Terakuzu seawal minit ketiga.

Sumber Stadiumastro