Copa America: AS Sedia Gempur Argentina

Jurgen KlinsmannHOUSTON 21 Jun – Jurulatih Amerika Syarikat (AS), Jurgen Klinsmann berjanji pasukannya telah bersedia membuat serangan terhadap Argentina apabila kedua-duanya dijadualkan bertembung di separuh akhir Copa America, esok (pukul 9 pagi waktu Malaysia).

Argentina akan memulakan aksi merebut tempat ke final di Stadium NRG, Houston, dengan diterajui penyerang prolifik Barcelona, Lionel Messi.


Bagaimanapun, Klinsmann menegaskan, AS akan menerapkan corak permainan agresif secara berpasukan kerana strategi tersebut telah membuahkan hasil buat tuan rumah layak ke separuh akhir dengan menyingkirkan Paraguay dan Ecuador.

“Ayuh kita hadapi Argentina. Kami tidak mahu beraksi dengan 10 pemain di dalam padang. Itu bukan permainan kami.

“Kalau anda mahu ke final, anda harus menjaringkan gol sama ada lewat atau pun awal. Kami tidak mahu bermain menerusi penentuan sepakan penalti,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan tersebut di sini hari ini. – AFP