City sedia RM295 juta untuk Aubameyang, Vardy Sedia Tolak Tawaran Arsenal

Manchester City sedia membayar 50 juta pound (RM295 juta) dalam usaha kelab itu mendapatkan penyerang sensasi, Pierre-Emerick Aubameyang.

Bos baharu, Pep Guardiola bersiap sedia bersaing sengit dengan seteru lamanya, Real Madrid bagi mendapatkan penyerang yang paling dikehendaki di Eropah itu.

City sentiasa memantau perkembangan pemain terbaik Bundesliga tersebut, dan bertindak pantas sebaik Real mengorak langkah mereka bagi memancing penyerang berkenaan.

Sementara itu Jamie Vardy sedia untuk menolak tawaran berpindah ke Arsenal dengan perbelanjaan melibatkan 20 juta pound (RM118 juta).


Penyerang England dan juga Leicester itu mengambil masa selama 72 jam bagi memutuskan sama ada untuk menyertai skuad bimbingan Arsene Wenger tersebut.

Vardy gagal memberi jawapan kepada Wenger sebelum bertolak ke Euro France seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Namun, difahamkan Vardy dijangka menolak tawaran untuk berpindah ke Emirates setelah membuat keputusan bagi menandatangani perjanjian baharu bersama Foxes.

Tindakan Vardy menukar cover profile Twitternya kepada gambar pasukan Leicester City menguatkan lagi andaian bahawa beliau menolak tawaran Arsenal.

Berita tersebut bakal memberi tamparan hebat buat Gunners, yang bersedia untuk memenuhi tuntutan klausa pelepasan pemain itu yang tercatat di dalam kontraknya pada minggu lepas. – AGENSI