Azrif Sedia Tebus Kontrak Bernilai RM720,000 Untuk Ke JDT

Azrif NasrulhaqKuala Lumpur: Jika sebelum ini percubaan tonggak pertahanan kanan Selangor Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (gambar) untuk menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menemui kegagalan, difahamkan usaha kali keduanya kemungkinan tercapai menerusi jendela perpindahan pemain yang akan dibuka mulai Isnin depan.

Azrif, 25, yang kini bersama skuad Harimau Malaysia dalam Siri Jelajah Oceania dikatakan bersedia menebus kontrak dengan Red Giants yang dianggarkan berjumlah RM720,000.


Menurut sumber dalaman Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), bapa Azrif ketika ini sedang giat melakukan rundingan bersama FAS dan hanya menunggu lampu hijau daripada majikan anaknya itu.

BACA: Tolong Lepaskan Saya, Ini rezeki saya – Azrif Nasrulhaq

Bagaimanapun, situasi terbaru itu mengundang rasa tidak senang FAS yang mempersoalkan kesetiaan pemain berkenaan selepas sebelum ini berjanji akan terus kekal beraksi di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan sekurang-kurangnya hingga penghujung musim ini.

HMetro