Aksi Menentang New Caledonia Berstatus Kelas A – FAM

Harimau Malaysia HamidinSetiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin MohdAmin mempertahankan status aksi persahabatan dengan New Caledonia tempoh hari adalah aksi persahabatan bertaraf ‘A’.

Tegas Hamidin, pihak FAM sendiri memiliki bukti kukuh untuk mengesahkan aksi persahabatan antara New Caledonia dan skuad negara berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Hamidin menafikan sekeras-kerasnya pihak FAM sudah mengetahui lebih awal status aksi persahabatan itu yang kononnya bukan bertaraf antarabangsa A, sebelum skuad negara berlepas ke Jelajah Oceania.


“Kami ada bukti sepenuhnya bahawa aksi persahabatan ini bertaraf A. Ketika ini kami sedang mendapatkan daripada pihak FIFA dan Caledonia bagi mengesahkan aksi persahabatan tersebut,” katanya.

Tambah Hamidin, penyiasatan rapi sedang dibuat dengan merujuk FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), selain tidak menolak jika masalah ini berpunca daripada isu teknikal tuan rumah iaitu New Caledonia.

“Apa yang kami risaukan adalah aspek teknikal yang mungkin tidak difahami pihak New Caledonia.”

Skuad negara menang 2-1 ke atas New Caledonia dan mereka baru sahaja tiba di tanah air pada awal pagi ini.

Status perlawanan persahabatan membabitkan Malaysia dan New Caledonia mencetuskan persoalan selepas ia digugurkan dari kalendar FIFA.

stadiumastro