AFC Cup: South China Minta Bantuan Juventus Untuk Atasi JDT

Setelah tewas kepada Johor Darul Tazim (JDT) dalam pusingan suku akhir Piala AFC tahun lepas, South China berharap untuk mengelakkan nasib yang sama berulanga untuk edisi kali ini.

South China merancang untuk mendapatkan bantuan gergasi Eropah Juventus sebelum bertemu Johor Darul Tazim (JDT) di suku akhir 2016 AFC Cup pada September ini.

Pasukan dari Hong Kong itu mengakui juara bertahan kejohanan itu merupakan pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir tetapi jurulatihnya Jose Ricardo Rambo percaya bahawa perlawanan dengan Juventus nanti boleh membantu mereka harungi pusingan suku akhir nanti.


Mereka dijadual akan bertemu Juventus pada 30 Julai ini.

“Kami mempunyai banyak perancangan untuk bertemu kelab besar dan salah satunya adalah menentang Juventus. Kami percaya ini akan dapat membantu pasukan kami, Bukan sahaja perlawanan menentang beberapa pemain terbaik dunia ia akan memberikan pemain kami rangsangan sebenar dan kita boleh mendapatkan hasil yang baik” ujar Rambo.

FourFourTwo