Velizar Emilov Popov Dilantik Ketua Jurulatih Kelantan

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pengganti bekas pengendali Kelantan K Devan akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih kebangsaan Maldives, Velizar Emilov Popov dilantik untuk menggalas tanggungjawab itu berkuatkuasa pada Khamis.

Pelantikan Popov diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media di sini petang Khamis.


Antara pasukan yang pernah dilatih beliau ialah New Radiant SC, Maldives dan kelab liga perdana Thailand, Suphanburi F.C.

Antara anugerah yang pernah diterima beliau:

2013 Dhivehi League winner
2013 FA cup winner
2013 Charity Shield Super Cup winner
2013 Maldives Haveeru Awards – Best Coach of the year award winner
2013 The Special Excellence Award of New Radiant SC for the historical season winning all domestic titles with 100% record
2013 AFC Cup group stage winner with the best attacking record and qualified for the AFC Cup quarterfinals
2011 FC Liberika -Horsens, Denmark- Promotion Won
2008 Bulgarian Cup Runner-up
2005, 2006 The Best Youth Coach-BFU Varna