Tentera AS Masih Guna Disket Untuk Sistem Operasi Nuklear

WASHINGTON: Agensi nuklear Amerika masih menggunakan cakera liut atau floppy disk/disket yang direka dalam tahun 1970-an untuk menyelaraskan beberapa fungsinya, menurut laporan pemerhati dikeluarkan hari ini.

Laporan oleh Pejabat Akauntabiliti Kerajaan Amerika (GAO) itu menunjuk mudahan yang digunakan di seluruh agensi kerajaan Amerika Syarikat begitu ketinggalan zaman, membimbangkan dan memerlukan kemaskini segera.

Kawalan sistem di Pentagon untuk operasi kuasa nuklear Amerika Syarikat seperti peluru berpandu, pengebom nuklear, dan pesawat sokongan kapal tangki,” dikawal oleh perisian komputer IBM Series yang masih menggunakan cakera liut 8-inci , menurut laporan jabatan audit itu.

Itulah jenis komputer yang digunakan pada tahun 1976, apabila Gerald Ford, presiden Amerika yang ke 38 berada di White House.


“Sistem ini masih digunakan kerana dalam jangka pendek, ia masih berfungsi,” kata jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Valerie Henderson kepada AFP.

“Bagaimanapun, untuk menangani kebimbangan sistem yang usang, pemacu liut dijadualkan akan digantikan dengan peranti Digital Selamat menjelang akhir 2017,” katanya.

“Operasi menukar kepada teknologi moden seluruh sistem Nuklear, Kawalan dan Komunikasi sedang dilakukan.”

Menurut laporan GAO itu, Pentagon merancang untuk menggantikan sepenuhnya sistem dengan akhir tahun 2020.

Gao berkata kerajaan pusat membelanjakan lebih banyak kos untuk “operasi dan penyelenggaraan” sistem komputer daripada menghabiskan untuk menaiktaraf sistem yang sedia ada.

Tahun lalu, sebagai contoh, kerajaan membelanjakan $ 61.2 bilion pada operasi dan penyelenggaraan, berbanding dengan $ 19,2 bilion dalam kategori yang lain.

Laporan itu juga mendapati bahawa Jabatan Perbendaharaan menggunakan “kod bahasa himpunan,” yang pada mulanya direka dalam tahun 1950-an.

Pejabat Pengurusan dan Belanjawan telah memulakan inisiatif untuk menaik taraf sistem sedia ada tetapi sehingga dasar ini belum dimuktamadkan dan dilaksanakan sepenuhnya, kerajaan akan menghadapi risiko bebanan kewangan untuk membaikpulih sistem lama yang boleh menyebabkan keberkesanan operasi sistem terganggu.