Perniagaan Tudung Uqasha Senrose Lingkup Kerana Ditipu Rakan

4 - Uqasha Senrose Nafi Jual Tudung Kerana Ikut Trend - ROTIKAYASebelum ini Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen 24, pernah melancarkan koleksi tudung jenamanya sendiri namun pelakon ini kemudiannya mendedahkan bahawa dia telah ditipu oleh rakan bisnesnya sendiri.

“Saya sudah kena tipu, bisnes tudung saya hanya sempat bertahan selama sembilan bulan sahaja. Sekarang tidak ada lagi (jenama tudung tersebut) dan akan saya menjenamakannya semula selepas ini,” katanya yang ditemui di Majlis Prebiu Media Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016.

BACA: Kecoh Uqasha Senrose Buka Tudung Di Thailand

Tambahnya lagi, selama sembilan bulan itu, dia hanya mendapat pulangan sebanyak RM5,000 sahaja. Uqasha juga turut kesal apabila namanya dieksploitasi oleh pihak tersebut untuk mengaut keuntungan.

“Selama sembilan bulan bertahan hanya RM5,000 sahaja saya dapat pulangannya. Mula-mula janji semua manis, saya pun jenis yang mudah mempercayai orang. Disebabkan saya tidak mempunyai masa kerana mempunyai komitmen lakonan jadi saya tidak sempat memantau segala aktiviti perjalanan bisnes ini”

“Saya pula memang tidak mempunyai asas dalam bidang bisnes, itu sebab orang senang nak ‘goreng’ saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati agar perkara sebegitu tidak berulang lagi” katanya.

Pun begitu, pelakon ini akan terus berusaha untuk mengembalikan bisnesnya ini dan akan lebih berhati-hati supaya tidak mudah dikhianati lagi namun dalam masa yang sama tidak mahu memanjangkan isu tersebut ke muka pengadilan.

Sumber Rotikaya