Manchester United Tawar Ryan Giggs Jurulatih B-21

MANCHESTER United dilapor menawarkan Ryan Giggs sebagai jurulatih skuad Bawah 21 Tahun (B-21) kelab tersebut yang berjaya menjuarai liga musim ini.

Kekosongan jawatan Giggs sebagai penolong jurulatih pula akan diberikan kepada Rui Faria.

Skuad B-21 United ketika ini dikendalikan oleh Warren Joyce.


Tawaran itu dibuat selepas United dikatakan terdesak untuk mengekalkan Giggs selepas dia mahu meninggalkan kelab berkenaan apabila Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus.

Giggs sebelum ini merupakan penolong jurulatih United dibawah David Moyes dan Louis van Gaal yang dipecat.

Jawatan jurulatih skuad B-21 itu dianggap penting kerana Giggs berperanan untuk menyediakan pemain muda untuk skuad utama Mourinho.