Manchester United Tawar RM857 juta Untuk Neymar

neymarAyah kepada bintang Brazil Neymar mendedahkan Manchester United telah membuat bidaan GBP 145juta (RM 857juta) Februari lalu untuk membawa anaknya ke Old Trafford musim depan.

“United telah menawarkan Barcelona GBP 145juta (RM 857juta),” jelasnya.

Namun dia menegaskan bahawa anaknya itu tidak akan kemana-mana musim depan.

“Penyokong tidak perlu gusar kerana dia gembira berada di Camp Nou.”


Bagaimanapun, sehingga kini Neymar dan Barcelona masih gagal menemui sebarang persetujuan tatkala bintang Brazil itu meminta kenaikan gaji yang mendadak.

Sementara itu, media Brazil Globo Esporte melaporkan bahawa Neymar akan bertemu pengurusan Barcelona minggu depan bagi membincangkan masa depannya bersama kelab itu.

Walaupun Neymar mahu kekal di Sepanyol namun sekiranya permintaannya tidak dipenuhi terdapat kemungkinan Neymar akan beraksi di Liga Perdana Inggeris musim depan.

Selain United, Paris Saint Germain dan Real Madrid merupakan dua pasukan lain yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Stadiumastro