Manchester United, Real Madrid Kelab Paling Kaya

Real Madrid dan Manchester United merupakan kelab paling kaya di Eropah dengan kedua-duanya dianggarkan bernilai kira-kira RM13 bilion.

Menurut agensi pengauditan KPMG, kedua-dua kelab itu mengatasi 32 kelab utama lain di Eropah.

Barcelona berada pada senarai berikutnya dengan nilai kira-kira RM12 bilion diikuti Bayern Munich, RM9.7 bilion.

Berikut senarai kekayaan kelab.

1= Real Madrid £2.2bn
1= Manchester United £2.2bn
3 Barcelona £2.09bn
4 Bayern Munich £1.63bn
5 Arsenal £1.26bn
6 Manchester City £1.23bn
7 Chelsea £1.1bn
8 Liverpool £0.96bn
9 Juventus £0.74bn
10 Paris Saint-Germain £0.64bn

Total enterprise value for each club
Source: KPMG Football Clubs’ Valuation

Menurut KPMG, walaupun tidak berapa menyinar di peringkat Eropah, namun kelab-kelab Liga Perdana Inggeris menguasai kira-kira 40 peratus daripada nilai kekayaan keseluruhan dan itu belum mengambil kira perjanjian penyiaran televisyen untuk musim akan datang.