Mahu Tanah Bernilai Lebih RM80 Juta Antara Punca KFA Tolak D’herbs

PUNCA SEBENAR KEDAH TOLAK TAJAAN D'HERBS TERJAWAB 4Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Badrol Hisham Hashim, mendedahkan permintaan tanah adalah antara punca tawaran tajaan bernilai RM30 juta oleh D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, terpaksa ditolak.

D’Herbs dikatakan telah meminta tanah seluas 60 hektar di Poko Sena yang bernilai jauh lebih tinggi berbanding nilai tajaan.

BACA: VIDEO D’Herbs Nafi Dakwaan Presiden KFA

Tanah di Jabi itu dianggarkan bernilai lebih RM80 juta.

Selain itu, D’Herbs turut mahukan hak ke atas papan iklan di setiap daerah di Kedah, termasuk menempatkan patung tertentu berkaitan iklan syarikat itu.


“Tanah adalah milik kerajaan negeri, papan iklan milik pihak berkuasa tempatan manakala stadium milik pengurusan stadium,” jelas Badrol seperti dipetik daripada laporan media tempatan.

D’Herbs juga dikatakan tidak konsisten dalam meletakkan syarat kerana sering kali membuat perubahan.

BACA: KFA Tak Berniat Malukan D’Herbs Holdings

Syarikat kosmetik dan pemakanan tambahan itu telah meletakkan sejumlah 49 syarat untuk tajaan RM30 juta sebelum ini dan sekurang-kurangnya lima daripada syarat tersebut dilihat sukar untuk dipenuhi KFA.

Walaupun tajaan RM 30juta adalah nilai yang besar, namun penetapan syarat tidak meletakkan KFA dalam ‘situasi menang-menang’, sekali gus menjurus kepada keputusan untuk menolak tawaran berkenan.

Sumber Stadiumastro