Giggs Sedia Tinggalkan United, Zlatan Pemain Pertama Sasaran Mourinho

Ryan Giggs bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United selepas 29 tahun di kelab itu, dengan Jose Mourinho bersedia untuk mengambil jawatan tertinggi di Old Trafford.

Naib pengerusi eksekutif Manchester United Ed Woodward dan lain-lain ketua Old Trafford dilporkan telahpun membuat keputusan untuk memecat Louis van Gaal sebulan lalu.

Jose Mourinho telah dibayar £4m oleh Manchester United supaya tidak menerima tawaran di tempat lain sementara mereka mengambil keputusan mengenai masa depan Louis van Gaal.

Jose Mourinho akan akan diperuntukkan sekitar £150m hingga £200m untuk mengembalikan Manchester United sebagai juara Premier League. Mourinho telah mengenal pasti James Rodriguez, John Stones, Marquinhos dan Pierre-Emerick Aubameyang sebagai sasaran utamanya.

Jose Mourinho dijangka membuat penyerang Paris Saint-Germain Zlatan Ibrahimovic salah satu pemain pertamanya sebagai pengurus Manchester United.


Mourinho akan mensasarkan pemain tengah Sporting Lisbon Joao Mario – yang telah diintip oleh Liverpool dan Manchester City – sebagai sebahagian daripada revolusi Manchester United.

Beberapa pemain senior Manchester United menunggu berita pelantikan Mourinho sebagai pengurus baru kelab sebelum membuat keputusan mengenai masa depan mereka.

Michael Carrick masih belum mengetahui sama ada beliau akan ditawarkan kontrak baru di Manchester United selepas penampilan terakhirnya bersama kelab itu pada perlawanan akhir Piala FA yang lalu.

Jose Mourinho juga telah mengenal pasti Andre Gomes, Joao Mario, John Stones, Alvaro Morata, Mauro Icardi dan Ezequiel Garay sebagai sasaran musim panas sebagai sebahagian daripada jangkaan perbelanjaan besar iaitu minimum £150m.