FIFA Tarik Balik Penggantungan Ke Atas Bola Sepak Indonesia

Kabar Gembira FIFA Cabut Sanksi PSSIMEXICO – Persekutuan bola sepak antarabangsa (FIFA) secara rasmi menarik balik hukuman penggantungan terhadap Indonesia. Keputusan itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino semasa kongres tahunan ke-66 FIFA di Mexico.

Menurut laporan, hukuman itu ditarik balik secara rasminya sebelum kongres diadakan. Keputusan tersebut dikeluarkan selepas FIFA mendapat surat rayuan daripada kerajaan Indonesia.

“Sebelum kongres, kami (ahli jawatankuasa eksekutif FIFA) sudah melakukan pertemuan, dan memutuskan hukuman penggantungan terhadap Indonesia wajar ditarik semula atau dibatalkan,” ujar Infantino.

“Pembatalan ini kerana kerajaan Indonesia sudah menghantar surat kepada FIFA yang menjelaskan mereka telah mencabut sekatan berkaitan campur tangan kerajaan kepada persekutuan (PSSI),” lanjut Infantino.


Keputusan tersebut mendapat sambutan dari ahli kongres yang hadir, termasuk utusan PSSI. Ini bererti, delegasi PSSI kembali mendapat hak suaranya dalam kongres yang berlangsung 12-13 Mei 2016.

FIFA menjatuhkan hukuman penggantungan kepada Indonesia tepatnya pada 30 Mei 2015, kira-kira satu bulan selepas Kementerian Belia dan Sukan (Kemenpora) menerbitkan SK Pembekuan PSSI nombor 01307 pada 17 April 2015. Akibatnya, Indonesia tidak dapat beraksi dalam pertandingan antarabangsa termasuk kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu.

Selama hampir satu tahun berada di bawah hukuman FIFA, Indonesia juga dilarang beraksi pada Kelayakan AFC U-16 dan AFC U-19, Kejohanan Regional Wanita AFC U-14, Kejohanan Futsal Wanita AFC Malaysia 2015, Kejohanan Futsal AFC 2016 (kelayakan zon AFF), piala AFC 2015 dan Liga Juara-Juara Asia di level kelab.

Kerajaan baru menarik arahan Pembekuan PSSI pada Selasa 10 Mei 2016 malam waktu Indonesia. Uniknya, pengumuman pemcabutan SK Pembekuan PSSI diutarakan Menpora Imam Nahrawi di sebuah pawagam di kawasan Jakarta.