10 Pemain Tumpuan Di Euro 2016

EURO 2016Euro 2016 bakal membuka tirainya pada 10 Jun ini dengan menampilkan 24 negara — pertambahan jumlah penyertaan daripada 16 pasukan sebelum ini.

Selain mencari pasukan juara, kejohanan kali ini turut menjadi pentas berkumpulnya pemain-pemain bintang dari seluruh Eropah.

Berikut adalah sembilan pemain yang menjadi perhatian dan turut dianggap sebagai tonggak yang mampu menggerunkan lawan di pentas bola sepak berprestij itu:

Paul Pogba [Perancis] 

25516Pogba

Pogba adalah antara pemain paling berbakat di kalangan pemain tengah. Dia mungkin menjadi pemain terbaru yang tersenarai dalam kelompok pemain termahal jika meninggalkan Juventus. Melihat kepada prestasi Pogba, ramai berpendapat dia bakal menjadi pengganti Patrick Vieira atau Zinedine Zidane.

Cristiano Ronaldo [Portugal] 

25516Ronaldo

Ronaldo menjadi pemain paling dinamik dengan purata jaringan lebih satu gol daripada setiap perlawanan. Dia memenangi segala-galanya bersama kelab, namun sedikit sukar di peringkat antarabangsa berikutan kekurangan kualiti dalam skuad Portugal.

Zlatan Ibrahimovic [Sweden] 

25516Zlatan

Sweden adalah pasukan ‘seorang pemain’, iaitu Zlatan Ibrahimovic, yang memiliki gabungan tenaga dan ketangkasan. Bberusia 34 tahun, Euro 2016 mungkin menjadi kejohanan utama terakhir buat Zlatan.

Harry Kane [England] 

25516Kane

Kane tidak berada dalam radar England pada 2014. Sejak itu, dia menjaringkan 59 gol dalam semua pertandingan sepanjang dua musim bersama Tottenham. Pemain berusia 22 tahun ini memiliki penyudah maut.

Jamie Vardy [England] 

25516Vardy

Vardy menjadi pemain paling sensasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila membantu Leicester City mencipta sejarah menjuarai EPL buat kali pertama dengan 24 gol. Vardy yang sering kelihatan ‘kelaparan gol’ berjaya memecah rekod dipegang Ruud van Nistelrooy apabila menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut. Selain dinobatkan sebagai pemain terbaik EPL musim ini, Vardy turut diangkat sebagai pemain terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak.

Gareth Bale [Wales]

25516Bale

Apabila Euro 2016 membuka penyertaan kepada 24 negara, Gareth Bale mendapat apa yang Ryan Giggs tidak pernah dapat, iaitu mengetuai Wales dalam kejohanan antarabangsa. Penampilan Bale sedikit suram di Real Madrid apabila dia sering dibayangi Cristiano Ronaldo . Bagaimanapun, dia masih kekal menjadi pemain paling cemerlang dan pantas dalam kelompok penyerang. Kaki kirinya sering menjadi pembunuh ketika mengambil sepakan percuma.

Robert Lewandowski [Poland] 

25516Lewandowski

Berusia 27 tahun, Lewandowski menyerupai bakat dan kemahiran yang dimiliki Zlatan Ibrahimovic. Dia pernah menjaringkan 160 gol dalam semua pertandingan sepanjang lima musim di Jerman, termasuk lima gol yang dijaringkan dalam tempoh sembilan minit ketika menentang Wolfsburg pada awal musim ini. Gol-gol ajaibnya itu dilakukan selepas dia dimasukkan dalam separuh masa kedua ketika Bayern Munich menewaskan Wolfsburg 5-1 dalam saingan Bundesliga.

Mesut Ozil [Jerman] 

25516Ozil

Ozil mungkin pemain paling tajam membuat hantaran dalam kotak penalti di peringkat antarabangsa. Pada musim ini, dia tampil dengan cemerlang bersama Arsenal, ketika memecahkan rekod Liga Perdana dengan mencipta peluang gol terbanyak. Selepas persaraan Philipp Lahm di pentas antarabangsa dan Bastian Schweinsteiger melewati prestasi terbaik, Ozil dijangka menjadi tonggak utama di bahagian tengah Jerman.

David Silva [Sepanyol]

25516Silva

Silva seorang perancang yang licik. Selain boleh melakukan bantuan jaringan, dia turut berani menyumbat gol. Silva boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Xavi di barisan tengah skuad Sepanyol.

Thomas Müller [Jerman] 

Penyerang yang sentiasa dapat menjaringkan gol apabila mendapat peluang. Kerjaya bersama kelab Bayern Munich sejak 2008 dan mewakili pasukan senior Jerman sejak 2010.