VIDEO Wanita Ini Bayar RM300,000 Untuk Cium Penyanyi Gay

Adakah anda sanggup menghabiskan wang sebanyak RM351,000 semata-mata untuk mencium penyanyi gay, Ricky Martin?

Wanita ini, Ana Paola Diniz sanggup berbuat demikian malah dia telah membuat bidaan paling tinggi dalam satu majlis amal untuk AIDS dan membolehkannya mencium penyanyi pujaannya.

Ricky, yang ketika ini sedang percaran dengan artis Syria, Jwan Yosef, telah membuktikan bahawa Ana mendapat nilai wang berkenaan dengan membalas ciuman wanita berkenaan dengan ghairah.


“Saya tahu saya menjadi tarikan lelaki dan perempuan, kita semua hanya manusia biasa dan mempunyai keperluan seksual serta emosi,” katanya.

Ricky telah mengumumkan bahawa dia seorang gay pada 2010 dan pada 2014, Ricky menyatakan dia berasa lega kerana dapat berkongsi berita berkenaan.

Penyanyi berkenaan mempunyai dua anak kembar, Matteo dan Valentino yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang pada 2008.

Ketika itu Ricky berpacaran dengan teman lelakinya, Carlos Gonzalez Abella tetapi hubungan itu berakhir pada Januari 2014.