Tindakan terhadap Vardy tidak adil – Roy Hodgson

GAMBAR Jamie Vardy menuding jarinya kepada pengadil Jonathan Moss telah menghiasi akhbar-akhbar di ELONDON 21 April – Penyerang Leicester City, Jamie Vardy tidak sepatutnya dibuang padang ke­rana menjatuhkan diri dalam perlawanan menentang West Ham yang berkesudahan seri 2-2 hujung minggu lalu, kata pengurus England, Roy Hodgson.

Vardy, yang dipanggil me­nyertai skuad kebangsaan enam kali oleh Hodgson, dilayangkan kad kuning kali kedua selepas kelihatan menjatuhkan diri untuk membuatkan Angelo Ogbonna dipersalahkan pada babak kedua perlawanan Ahad lalu di Stadium King Power.

Tindak balas Vardy yang keterlaluan setelah diarah mening­galkan padang menyebabkan dia berdepan dengan pertuduhan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak England, bermakna berkemungkinan digantung dua perlawanan, tetapi Hodgson berasakan pemain itu mempunyai sebab kukuh untuk berasa tidak diadili dengan betul.

“Vardy dibuang padang pada hujung minggu lalu, tetapi sekali lagi saya rasa tindakan ke atasnya tidak adil. Saya tidak melihat yang dia menjatuhkan dirinya.


“Saya fikir dia tidak seimbang. Saya tidak fikir itu juga penalti. Saya fikir dia tidak seimbang, kerana berlari pada kelajuan itu.

“Saya fikir ada sedikit sentuhan dengan pemain pertahanan itu, yang cuba mengasak. Saya fikir dia jatuh kerana tidak seimbang. Saya tidak fikir dia cuba menjatuhkan diri.

“Tetapi saya dengar semua pengulas berkata dia cuba menjatuhkan diri. Saya tidak fikir begitu. Saya tidak akan menyalahkan dia. Saya kasihan de­ngan dia. Saya fikir dia sangat-sangat tidak bernasib baik,” kata Hodgson kepada wartawan di London.

Gambar Vardy, 29, menuding jari kepada pengadil Jon Moss menghiasi laman-laman sukan akhbar seluruh Britain pada Isnin, tetapi Hodgson berkata reaksi pemain itu dapat difahami.

“Dia telah bertindak balas seperti mana seseorang manusia biasa kadang-kala bertindak balas,” kata Hodgson.