The Foxes Lakar Sejarah Layak Ke Liga Juara-Juara

Leicester City FanSUNDERLAND 11 April – Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City melakar sejarah melayakkan diri ke kancah kelab elit Eropah, Liga Juara-Juara buat kali pertama musim depan.

Kemena­ngan 2-0 ke atas Sunderland dalam perlawanan di tempat lawan, diikuti kekalahan 3-0 yang dialami pasukan tangga kelima, Manchester United kepada Tottenham semalam menjamin tempat The Foxes untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas, sekali gus meraih satu slot yang ditawarkan.

Dalam perlawanan di Stadium of Light semalam, kedua-dua gol Leicester dijaringkan oleh pe­nyerang sensasi England, Jamie Vardy, sekali gus membolehkannya meledak gol ke-21 dalam saingan Liga Perdana musim ini.


Selepas melakar sejarah pertama, The Foxes bersedia untuk memahat pencapaian lebih gemilang dengan memburu kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama ketika saingan berbaki lima perlawanan untuk ditamatkan.

“Kami ada lima perlawanan lagi untuk diharungi dan sebahagian daripadanya perlawanan besar,” kata pemain tengah, Danny Drinkwater.

Vardy 66′, Vardy 90′ FTSunderland 0-2 Leicester City #EPL

Posted by bazookapenaka.my on Sunday, April 10, 2016

Leicester hanya perlu menang tiga daripada baki lima saingan mereka untuk mengesahkan gela­ran.

The Foxes akan menerima kunjungan West Ham dan Swansea pada 17 serta 24 April.

Mereka kemudian bertandang ke Manchester United pada 1 Mei, menentang Everton pada 7 Mei dan menutup saingan dengan bertemu juara bertahan, Chelsea di Stamford Bridge pada 15 Mei. – AGENSI