Piala Negara-Negara Platform Bentuk Skuad Sukan SEA, Senarai 28 Pemain B19 Piala AFF

Projek Sukan SEA 2017KUALA LUMPUR 27 April – Pengendali Skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt mahu menjadikan kejohanan Piala Negara-Negara 2016 yang akan diadakan di Melaka dari 3-5 Jun sebagai platform untuk memilih pemain terbaik.

Pengendali dari Jerman itu berkata, selepas empat bulan membimbing skuad bola sepak bawah 21 tahun negara melakukan persiapan menghadapi Sukan SEA 2017, beliau masih belum berpuas hati dengan barisan pemain sedia ada dan akan mahu mencari pemain muda yang lain.

“Saya masih meninjau pemain berbakat menerusi aksi mereka dalam Liga Perdana dan Piala Presiden. Kami perlu melihat menjangkaui Piala Negara-Negara.

“Sukan SEA 2017 adalah sasaran utama tetapi ia bergantung dengan persembahan yang kami tampilkan dalam Piala Negara-Negara di Melaka nanti,” kata Bernhardt menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata pengendali berusia 46 tahun itu lagi, tahap kecergasan anak-anak buahnya semakin meningkat sepanjang tiga bulan lalu.

“Staf kejurulatihan bersama pelatih kecergasan akan menilai pemain sekali lagi apabila mereka menyertai kem latihan pada 23 Mei ini.

“Kebanyakan pemain lebih cergas berbanding sebelum ini, tetapi mereka pastinya akan menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi selepas ini,” kata bekas pengendali skuad bawah 19 dan 23 Estonia itu.

Dalam masa sama, Bernhardt bercadang untuk memanggil pemain daripada Piala FAM dan Piala Presiden menyertai kem latihan pertama pada 7-9 Mei ini, manakala kem latihan kedua untuk pemain bawah 19 tahun (20-22 Mei), disusuli kem latihan ketiga (25 Mei) sebelum muktamadkan pemilihan bagi skuad Piala Negara-Negara.


Kejohanan AFF B-19 2016

Sementara itu berikut senarai 28 pemain yang dipanggil Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi latihan pemilihan pusat pertama skuad bawah 19 tahun (B-19) di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 20 hingga 22 Mei 2016 sebagai persiapan awal menjelang Kejohanan AFF B-19 2016 yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 11 hingga 24 September 2016 ini.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN/KELAB

1

AL BARILAN SHAHUL HAMEED

18

MISC-MIFA

2

MUHAMMAD AQIL IRFANUDDIN MOHD SABRI

19

T-TEAM

3

MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN

19

JDT II

4

MUHAMMAD SHAHRUL AKMAL MD ADNAN

18

KEDAH

5

ABANG NUR’AFIRMAN ABANG NORAZMAN

18

SARAWAK

6

MOHAMMAD FITRI AMANI ISMAIL

19

TERENGGANU

7

KOGILESWARAN RAJ A/L MOHANA RAJ

18

FRENZ UNITED

8

DINESH A/L RAJASINGAM

18

FRENZ UNITED

9

MUHAMMAD HAZRUL HAFIZ ZULKIFLY

19

PULAU PINANG

10

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

19

PULAU PINANG

11

WAN ROHAIMI WAN RAHASDI

19

PULAU PINANG

12

MOHD ALIFF IZMAN SAHDAN

18

MELAKA

13

MUHAMMAD NAJMUDDIN SAMAT

18

MELAKA

14

MUHAMMAD AL MUSTAQIM MOHD RIZUAN

19

MELAKA

15

MUHAMMAD DANIAL ASHRAF ABDULLAH

19

KELANTAN

16

NIK AZLI NIK ALIAS

19

KELANTAN

17

MOHD AIMAN SHAKIR MOHD HASHIM

19

KELANTAN

18

KHATUL ANUAR MD JALIL

19

KUALA LUMPUR

19

TAN YUNG HONG

19

KUALA LUMPUR

20

MOHAMAD RAMADHAN JALIL

18

KUALA LUMPUR

21

SUWARNARAJ A/L CHINNIAH

18

PERAK

22

MUHAMMAD AMIR SAFUAN MOHAMAD ZUBIR

19

PERAK

23

MUHAMMAD IZZAT MOHD RAMLEE

19

PERAK

24

MUHAMMAD NAZIRUL AFIF IBRAHIM

19

PERAK

25

DAMIEN LIM CHIEN KHAI

19

SELANGOR

26

BADRUL AMIN RUSALAN

19

SELANGOR

27

MUHAMAD RIZALUL AZUWAN SUPANDRI

19

SELANGOR

28

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

18

SELANGOR

Semua pemain diminta melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum jam 12 tengahari, Jumaat (20 Mei).

Pada edisi Kejohanan AFF B-19 yang berlangsung di Laos tahun lepas, skuad Malaysia kendalian Hassan Sazali meraih tempat keempat setelah tewas penentuan penalti 2-3 kepada pasukan tuan rumah selepas kedudukan masa penuh terikat 1-1.