Harimau Malaysia Uji 3 Pasukan Oceania

Ong Kim SweeSkuad Harimau Malaysia bakal mengadakan siri jelajah Oceania pada Jun depan dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu dijangka akan berdepan tiga perlawanan ujian iaitu dengan Fiji yang menduduki tangga ke-186 dunia, New Caledonia (181) dan Papua New Guinea (202).


Pasukan negara terlebih dahulu akan menghadapi perlawanan play-off kelayakan Piala Asia 2019 pada 2 Jun, dan kemudiannya menyambung aksi dengan merencana jelajah Ocenia berikutan jadual Liga Malaysia (Liga M) yang berehat pada bulan Ramadan nanti.

Rangka perlawanan antarabangsa berstatus ‘A’ itu membabitkan aksi dengan pasukan New Guinea pada 17 Jun, dan New Caledonia lima hari kemudian sebelum menutup jelajah Ocenia berdepan Fiji pada 26 Jun.

Stadiumastro