Zlatan Ibrahimovic Yakin Sertai Manchester United

Zlatan-Ibrahimovic-IBRAZlatan Ibrahimovic dilaporkan ” benar-benar yakin” dia akan menyertai Manchester United apabila tamat kontrak Paris Saint -Germain pada musim panas ini .

Wartawan Sun Dave Fraser, yang melaporkan pemain Sweden itu “sudah membuat perancangan awal untuk jalani kehidupan di England nanti” kerana keyakinan yang tinggi , dia akan kembali bekerja dengan Jose Mourinho di Old Trafford. Mourinho disebut-sebut sdbagai pengganti Louis van Gaal di kerusi panas United.


Ibrahimovic bagaimanapun tidak banyak memberi komen mengenai masa depannya , walaupun dia telah membayangkan perpindahan sensasi akan berlaku. Beliau berkata: ” Saya mempunyai tiga bulan lagi di sini dan apa akan terjadi? satu perkara besar yang akan berlaku.”

Ditanya sama ada beliau akan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, dia hanya menjawab: ” Mari kita katakan iaitu saya dalam keadaan yang amat baik .”