Zainal Abidin Kecewa Dengan Jentera Serangan Selangor

Selayang: Perubahan taktikal dengan merehatkan hampir lima tonggak utama memakan diri sendiri apabila Selangor gagal memanfaatkan aksi di tempat sendiri selepas tewas tipis 0-1 kepada Tampines Rovers dalam aksi Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Kemampuan jentera serangan dipersoalkan sekali lagi oleh pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan ketika tewas semalam.

Biarpun Selangor menguasai perlawanan sepanjang tempoh 90 minit di Stadium Selayang, Zainal kecewa pasukannya gagal untuk sekurang-kurangnya mendapat gol penyamaan.

“Kelalaian memberi gol yang mudah kepada pihak lawan dan kami terpaksa bekerja kuat untuk mencara gol penyamaan.

“Biarpun kami lihat Selangor menguasai peralawanan, malangnya kami tidak menyudahkan peluang yang dihidangkan dan iniliah padahnya,” kata Zainal

Manakala pengendali Tampine Rovers, V.Sundramoorthy menyifatkan keputusan itu sebagai satu kemenangan yang sempurna bagi pihaknya.


“Kemenangan sempurna bagi kami kerana Selangor dibarisi beberapa pemain berkualiti dari seluruh dunia apatah lagi bermain di halaman sendiri.

“Mereka cuba tetapi gagal melepasi pertahanan kami. Kini, saya mahu fokus ke perlawanan seterusnya,” kata Sundramoorthy

Keputusan itu meletakkan The Red Giants di tempat ketiga dengan 1 mata selepas dua perlawanan.

Manakala Tampine Rovers kekal sebagai pendahulu Kumpulan E dengan 6 mata.

Bagi Selangor, wakil Malaysia itu wajib menang apabila berkunjung ke halaman LT. Sheikh Jamal Dhanmondi Club di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh.