PIALA FA AMAT PENTING BUAT CHENG HOE

Kedah tidak ada masalah untuk buat kelantan terus berputih dalam tempoh singkat apabila mereka berentap dalam pusingan ketiga Piala FA susulan pertemuan Liga Super musim ini.

Aksi satu Mac lalu menyaksikan Kedah cipta kemenangan 2-1 ke atas Kelantan dengan Hijau Kuning bangkit selepas ketinggalan 1-0.

Pertemuang semula dalam tempoh empat hari menjadi kelebihan buat Kedah daripada aspek keyakinan.

“Memang sukar untuk berdepan pasukan yang sama dalam tempoh kira-kira seminggu kerana kami sudah tahu corak permainan, pada masa yang sama kedua-dua pasukan akan cuba pendekatan taktikal yang berbeza kali ini.


“selain iut, perlawanan piala fa semestinya berbeza dengan perlawanan liga super,” kata Tan Cheng Hoe selaku pengendali Kedah.

Musim lalu menyaksikan Kedah tersingkir awal dalam saingan Piala FA memandangkan keutmaan adalah untuk layak ke Liga Super.

Dengan status sebgai pasukan elit Malaysia sudah tercapai Cheng Hoe berasakan kejayaan dalam saingan ini satu  keperluan.

“Tahun lepas, sasaran utama kami adalah untuk melayakkan diri dalam saingan Liga Super. Tahun ini kami ada banyak sasaran dan antaranya ialah maju ke peringkat yang lebih tinggi dalam saingan Piala FA,” tambahnya.

Kelantan dan Kedah hanya mencatat keputusan seri di saingan Piala FA, empat tahun lalu di peringkat separuh akhir jadi mampukah salah satu pasukan akhirnya mencatat kemenangan kali ini di Stadium Darul Aman

Antara perlawanan pusingan ketiga Piala FA, JDT berdepan Negeri Sembilan, dan PDRM menentang Selangor.

Sementara aksi pada sabtu pula menyaksikan 5 perlawanan akan berlangsung di mana tumpuan tentu kepada pertembungan dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Kuala Lumpur.