Marcus Rashford Pelajar Sekolah Yang Menjadi Wira United

uWira Manchester United Marcus Rashford kembali hadir ke sekolah setelah beberapa jam membantu kelab itu mengatasi Arsenal 3-2 di Old Trafford.

Rashford hadir ke Sekolah Ashton on Mersey Tingkatan Enam dengan menyarung jaket latihan Manchester United.

Pemain berusia 18 tahun itu akui seperti diawang-awangan setelah meledak 4 gol selepas dua perlawanan.

Akhbar The Sun melaporkan Rashford antara pelajar terbaik di sekolah itu dan dipercayai akan mengambil A-Level sebaik tamat musim ini.


Sumber The Sun melaporkan Rashford sentiasa mengutamakan pelajaran walaupun sudah berpenat lelah membantu United melakar kemenangan.

“Ianya satu perasaan yang pelik apabila dari pemain yang mendapat anugerah pemain terbaik berdepan Arsenal kepada seorang pelajar sekolah keesokan harinya,” kata sumber tersebut.

Sekolah Ashton on Mersey bukan asing kepada Manchester United kerana pernah menempatkan Darren Fletcher, Danny Welbeck dan Jonny Evans sebelum ini.

Bermain di Old Trafford tidak menghalang Arsenal menguasai perlawanan. Bintang baru Rashford sekali lagi menjaringkan 2…

Posted by bazookapenaka.my on Sunday, February 28, 2016