DIEGO COSTA DIDAKWA KERANA ‘MENYONDOL’

Penyerang Chelsea Diego Costa telah didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) susulan insiden kad merah yang dilayangkan terhadapnya ketika saingan Piala FA lawan Everton.

Pemain berusia 27 tahun itu dilihat seperti menggigit Gareth Barry dilehernya namun kedua pemain secara mengejut menafikan insiden itu.

“Tingkah lakunya selepas dilayangkan kad kuning kedua yang menyebabkan dia didapati bersalah,” menurut kenyataan dibuat FA.

Pemain itu mempunyai masa sehingga 17 Mac ini untuk membalas tuduhan tersebut.


Selain itu, FA turut mahu Costa menjelaskan tindakannya yang seperti membuat aksi lucah terhadap penyokong Everton ketika meninggalkan padang tamat separuh masa pertama.

Sementara itu, pemain kebangsaan Sepanyol itu dikatakan sudah tawar hati untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris dan mahu kembali sertai Atletico Madrid.

Costa sebelum ini hampir pasti kekal di Stamford Bridge sekiranya pasukan itu melantik pengendali Atletico Diego Simeone namun situasi itu tidak menjadi kenyataan.

Chelsea hampir pasti bakal menamakan jurulatih skuad bola sepak Itali Antonio Cconte.