COACH SHAH HANTAR SURAT LETAK JAWATAN

Pengendali Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi akhirnya menghantar surat perletakkan jawatan secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kelmarin.

Turut mengambil langkah sama, pembantu jurulatih Azaruddin Aziz.

Perkara itu disahkan sendiri PBNP menerusi Setiausaha Agungnya Fuzzemi Ibrahim namun keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat bersama barisan Exco.


Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turut mengetahui mengenai perihal itu.

Pahang berdepan tekanan tatkala menghuni tangga tercorot Liga Super selepas hanya mengutip 1 mata dari 4 perlawanan.