BERNHARDT AKUR TANPA DAVIES, AMIRUL DAN KOGI

bernhardt-akur-tanpa-davies-amirul-dan-kogi“Saya terpaksa akur kerana ia adalah perkara biasa dan terjadi kepada mana mana pasukan,” Itu tegas jurulatih skuad Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt yang terpaksa menerima situasi semasa di mana sesi latihan pertamanya sekadar di barisi lapan pemain.

Situasi ini sudah pastinya sukar buat Bernhardt tetapi dia tidak mahu terlalu mengambil serius selepas menyedari kekangan jadual liga adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Bukan itu sahaja, Bernhardt juga terpaksa mengalah dengan selera skuad senior negara yang turut berminat menyenaraikan 2 pemain bawah 22 tahun iaitu Matthew Davies dan Amirul Hisyam Awang Kechik ke dalam skuad yang akan berhadapan Arab Saudi, 24 Mac ini.

“Semestinya ketua jurulatih skuad utama boleh membawa masuk pemain dari skuad saya tetapi saya juga ingin bereksperimen dengan pemain-pemain tersebut untuk pasukan ini,” kata Bernhardt.

Mata Bernhardt tertumpu kepada kelibat pemain lincah R.Kogileswaran.

Namun, sekali lagi hasratnya terpaksa dilupakan ekoran keputusan penggantungan 3 bulan ke atas pemain itu baru-baru ini.


Buat masa ini, semua pemain-pemain saya berlatih bersama pasukan masing-masing mankala Kogi terpinggir. Memang benar saya mahu dia sertai pasukan saya dalam masa depan tetapi saya tidak ada kuasa pada masa ini,” tambahnya.

Skuad projek negara akan menjalani dua perlawanan persahabatan di Paroi.

Bertemu pasukan bawah 22 tahun Filipina pada 23 Mac dan menentang pasukan kebangsaan Nepal, 4 hari kemudian.

Semuanya sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA, Kuala Lumpur pada 19 hingga 31 Ogos tahun hadapan, sekaligus mengembalikan kegemilangan bola sepak negara di kejohanan ini.