VIDEO JDT Berpesta Di Larkin, Gomez Puji Kesabaran Pemain

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan Piala AFC dengan gagah apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 yang menyaksikan ketua pasukan Safiq Rahim mencipta hattrick dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini telah menjaringkan 13 gol ke atas wakil Myanmar berkenaan selepas menumpaskan mereka 5-0 dalam pusingan kedua pertan­dingan ini tahun lalu.

Penyerang baharu Juan Martin Lucero turut menemui jaringan pertamanya sejak menyertai JDT apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak masing-masing menja­ringkan satu gol di hadapan 11,560 penyokong tuan rumah.

Sebelum itu, penyokong tuan rumah bagaimanapun dikejutkan apabila Thiha Zaw menyamakan kedudukan pada minit ketujuh selepas Safiq meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari jarak 30 meter.

‘Kesabaran kunci kemenangan kami’. Itu pendedahan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yang memuji kawalan bola anak buahnya sepanjang tempoh 90 minit perlawanan yang berakhir dengan kemanangan 8-1 ke atas wakil Myanmar, Ayeyawady United.

Turun ke padang sebagai juara bertahan, JDT mempamerkan aksi pasukan juara pada malam yang pasti menyeronokkan bagi para penyokong di Stadium Larkin

“Kesabaran. Itu elemen penting. Apa yang penting adalah kami tenang ketika mengawal bola dan itu membenarkan kami menciptakan banyak peluang dari pelbagai posisi.

“Berdasarkan persembahan kami sebentar tadi, mungkin kami boleh jaringkan lebihtetapi kami tidak akan tahu. Apa yang penting adalah tiga mata penuh yang dikutip malam ini.

Dalam pada itu, Mario memuji aksi kaptennya, Safiq Rahim dan juga Juan Martin Lucero yang berjaya menjaringkan dua gol pertamanya besama skuad Harimau Selatan.


“JDT memilik empat penyerang yang berkaliber tinggi. Musim masih panjang dan ada banyak lagi perlawanan yang lebih penting dan sukar untuk dihadapi tahun ini,”

“Bagaimanapun, mustahaknya Amri, Diaz, Lucero dan Safee beraksi di tahap yang tertinggi setiap perlawanan begitu juga dengan Safiq’ tambahnya.

Kemenangan itu merupakan perlawanan kedua JDT meledakkan 5 gol atau lebih selepas kemenangan 5-0 lawan UiTM FC dalam saingan Piala FA sebelum ini.

Apa yang pasti, moral pemain-pemain JDT berada di tahap yang paling tinggi dan diharapkan momentum itu terus kekal menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu pada 27 Februari, Sabtu ini.

JOHOR Southern Tigers membelasah kelab Myanmar Ayeyawady United FC dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan AFC Cup…

Posted by bazookapenaka.my on Wednesday, February 24, 2016